[e-Book] AKMA - Rafina Abdullah

[e-Book] AKMA - Rafina Abdullah

Perpisahan Akma dengan Irham bukanlah titik perjalanan akhir bagi wanita itu. Hidupnya berterusan diganggu dengan rancangan Irham bersama Hajah Roziah untuk mendapatkan duit bagi melangsaikan hutang.

Berbagai rancangan diatur oleh Hajah Roziah, dan Irham sebagai orang yang disuruh menjayakan agenda itu. 

Salah satu rancangan mereka adalah mempergunakan anak-anak Akma sebagai umpan untuk Irham memujuk Akma supaya kembali padanya. Jika rancangan itu berjaya, senanglah dia mahu mendapatkan wang dari Akma.

"Kamu cakap pada Akma, kamu nak report polis sebab dia dah serang adik kamu. Dan gambar ni sebagai bukti. Mak boleh jadi saksi nanti."

"Tak payahlah, mak. Bukan dapat duit pun."

"Inilah masanya kamu nak dapat duit! Apa yang bengap sangat kamu ni, Am? Patutlah hidup kamu tak maju-maju."

"Kalau mak dah pandai sangat, macam mana cara nak dapatkan duit tu?"

"Kamu cakap macam ni... kalau dia tak nak kamu report polis, kamu minta dia bayar. Masa tulah kamu boleh mintak 30 ribu tu, faham tak?"

Namun semuanya bagaikan tidak menjadi apabila Akma bukanlah seorang isteri dan menantu yang bodoh seperti dulu. Akma mengamuk apabila anak sulungnya cedera akibat dibaling batu oleh cucu Hajah Roziah yang lain. Apabila kejadian itu berlaku, Akma sudah hilang kepercayaan untuk anak-anaknya berada di kampung Irham lagi.

"Keluarga mak yang mulakan dulu semua ni! Keluarga mak yang cari pasal dengan saya! Mula dengan Irham, anak lelaki mak yang tak guna satu sen tu! Lepas tu, mak sendiri! Kemudian, anak-anak mak yang lain! Semuanya bermula dari mak anak-beranak!"

Dalam mengharungi perkara-perkara seperti itu, Akma tidak keseorangan. Ikhwan yang sentiasa ada sering memberi kekuatan dan semangat. Lelaki yang menyimpan perasaan terhadap Akma itu selalu bertindak sebagai bapa kepada anak-anaknya.

"Hei... kau dengar sini. Kau tak layak nak ganti tempat aku. Sama sekali tak layak. Baik macam mana pun kau, hebat macam mana kau sekalipun, aku ni... tetap ayah kandung budak-budak tu. Ayah kandung..."

"Ya. Aku tak nafikan itu semua, tapi kau kena ingat, Arisa dan Aira tak mesra dengan kau. Mereka tak terima kasih sayang dari kau sejak dulu lagi, kan? Jadi, kat mana hebatnya kau sebagai ayah kandung yang kau banggakan sangat tu? Kat mana? Jawab soalan aku." 

Anak-anak Akma yang sejak kecil tidak mendapat kasih sayang dari seorang bapa, mula tercari-cari dan mendambakan perhatian dari Ikhwan. Lelaki itu tidak lokek memberi perhatian terhadap anak-anak Akma sehingga wanita itu bersedia membuka pintu hati untuk perkahwinan kali kedua. 

"Uncle, nanti uncle jadi ayah Risa, boleh?"

"Kenapa Risa nak uncle jadi ayah Risa?"

"Sebab uncle baik sangat. Uncle tolong bawa Risa pergi klinik. Kalau uncle tak ada, Risa boleh mati, tau!"

"Jangan cakap macam tu. Risa kecik lagi. Mana boleh mati dulu. Uncle ni lainlah sebab dah tua. Uncle yang akan mati dulu sebelum Risa."

"Uncle tua ke? Tapi kenapa tak ada kedut macam nenek dan atuk? Uncle tipu Risa, ya. Tak baik uncle tipu Risa. Cakap jelah uncle masih muda. Muda macam mama."

Manusia hanya merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Kejahatan tidak selalunya menang dan kebaikan tidak selalunya dipandang sepi. 

Irham menerima balasan. Hajah Roziah juga menerima balasan. Sebaik-baik balasan adalah balasan dari Allah SWT.

_____________________________

Nota Penting:

*Semua pembelian e-book adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan (non-refundable) kerana ebook merupakan produk digital yang dihantar serta-merta melalui emel setelah pembelian dilakukan.

*Sekiranya fail ebook rosak, tidak lengkap atau menghadapi masalah teknikal daripada pihak RMA STUDIO, kami akan menggantikan fail tersebut tanpa sebarang caj tambahan.

_____________________________

UNTUK MUAT TURUN E-BOOK, SILA ISIKAN BUTIRAN DI BAWAH:

[e-Book] Matinya Jiwa Seorang Isteri - Rafina Abdullah

[e-Book] Matinya Jiwa Seorang Isteri - Rafina Abdullah

AKMA, seorang isteri yang bekerjaya telah berdepan dengan masalah rumah tangga apabila suaminya Irham langsung tidak membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan rumah tangga mereka. Ditambah dengan kerenah dua anak yang masih kecil dan Irham pula sering merungut dan bersikap cerewet, Akma terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memastikan dia dapat menguruskan masa dengan baik.

Ekoran dari tindakannya itu, keadaan ekonomi keluarganya jatuh dan perkara tersebut telah membebankan Irham sebagai ketua keluarga. Gaji Irham yang rendah tidak mampu menampung kos kehidupan mereka disebabkan ia di bawah tanggungan Akma sebelum isterinya itu berhenti kerja.

Bosan dengan pergaduhan yang sering berlaku hampir setiap hari, Irham mencari kebahagiaan di luar dengan menjalinkan hubungan cinta bersama janda yang tidak mempunyai anak dan merupakan seorang founder kosmetik sehingga membawa pada keterlanjuran. Kekayaan wanita itu telah mengaburi mata Irham untuk curang di belakang Akma.

Marah dan terluka dengan kecurangan Irham, Akma bangkit membalas dendam. Dia mencari jalan untuk menjatuhkan Irham dan wanita kaya itu. Dengan pengalaman kerja yang dia miliki, perniagaan founder kosmetik itu telah mengalami kejatuhan sehingga bankrap. Irham pula berdepan dengan beberapa tuntutan yang dibuat oleh Akma melalui mahkamah.

“Saya tak tahu kenapa… jiwa saya macam dah mati untuk hidup berpasangan. Biarlah saya sendiri dengan anak-anak.”

“Abang minta sangat dengan awak, berilah peluang kedua pada abang.”

“Maaf, abang. Saya tetap dengan pendirian saya. Abang cuma membuang masa kalau masih terus harapkan saya. Lagipun abang dah ada Puan Sherin. Jagalah rumah tangga abang baik-baik. Jangan ulang kesilapan yang sama.”

_____________________________

Nota Penting:

*Semua pembelian e-book adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan (non-refundable) kerana ebook merupakan produk digital yang dihantar serta-merta melalui emel setelah pembelian dilakukan.

*Sekiranya fail ebook rosak, tidak lengkap atau menghadapi masalah teknikal daripada pihak RMA STUDIO, kami akan menggantikan fail tersebut tanpa sebarang caj tambahan.

_____________________________

UNTUK MUAT TURUN E-BOOK, SILA ISIKAN BUTIRAN DI BAWAH:

[e-Book] Mr Gamer 2 - Rafina Abdullah

[e-Book] Mr Gamer 2 - Rafina Abdullah

Sejak kecil, Althaf lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding bersama keluarganya. Game adalah dunia yang paling dia cintai. Bagi orang lain, dia cuma seorang kaki game yang membuang masa. Bagi Althaf, game ialah pekerjaan, minat dan sumber pendapatan yang telah membawanya menjadi seorang streamer terkenal.

Namun, selepas berkahwin dengan Yani, keluarga Althaf berharap lelaki itu akan berubah. Mereka mahu Althaf menjadi lebih matang, lebih bertanggungjawab dan mula memikirkan masa depan.

Yani pula hanya mampu menurut. Dia sudah terbiasa dengan perangai suaminya yang suka meminta itu dan ini, ambil nasi, ambil air, temankan dia bermain game, sampai mama Althaf sendiri naik angin melihat menantunya diperlakukan seperti orang suruhan.

Kemuncaknya, abah Althaf membuat keputusan yang mengejutkan.

Althaf diminta mengambil alih syarikat keluarga dan menjadi CEO.

Bagi Althaf, itu bukan peluang yang dinanti-nantikan. Itu adalah ancaman kepada dunia yang selama ini menjadi hidupnya.

Lebih malang, Yani pula diminta menjadi PA kepada suaminya!

Mampukah seorang gamer tegar yang lebih tahu tentang PUBG, Mobile Legends dan live streaming daripada dunia korporat menjadi CEO sebuah syarikat besar?

Atau Althaf akan melakukan sesuatu yang langsung tidak dijangka demi membuktikan bahawa menjadi berjaya tidak semestinya bermaksud menjadi seperti yang orang lain mahu?

Di sebalik perangai selamba, mengada-ada dan kuat bermain game, tersimpan seorang lelaki yang cuma mahu hidup mengikut caranya sendiri.

Dan Yani pula perlu membuat satu pilihan…

Terus mengubah suaminya menjadi lelaki yang diimpikan keluarganya, atau menerima Althaf seadanya?

Kerana bagi Yani, dia bukan sekadar seorang kaki game.

Dia adalah suaminya.

Dia… MR. GAMER.

_____________________________

Nota Penting:

*Semua pembelian e-book adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan (non-refundable) kerana ebook merupakan produk digital yang dihantar serta-merta melalui emel setelah pembelian dilakukan.

*Sekiranya fail ebook rosak, tidak lengkap atau menghadapi masalah teknikal daripada pihak RMA STUDIO, kami akan menggantikan fail tersebut tanpa sebarang caj tambahan.

_____________________________

UNTUK MUAT TURUN E-BOOK, SILA ISIKAN BUTIRAN DI BAWAH:

[e-Book] Mr Gamer - Rafina Abdullah

[e-Book] Mr Gamer - Rafina Abdullah

Aku bukan orang yang suka tengok lelaki bermaharajalela dalam rumah. Sebab itu aku menyampah giler dengan Althaf, si anak tuan rumah yang perasan dirinya raja. Semua benda nak kena sembah depan mata. 

Dalam menyampah pun, aku ambil berat juga sebab dah anggap Althaf macam abang sendiri. Kisah kahwin paksa kami bermula apabila Encik Firdaus mengharapkan aku untuk mengubah cara hidup Althaf yang suka main game di atas talian. Encik Firdaus nak jadikan Althaf sebagai manusia yang tahu erti tanggungjawab disebabkan umurnya dah hampir mencecah 30 tahun.

Kau bayangkan, lelaki yang dah usianya begitu masih tidak bekerja dan selalu sebut yang dia tak minat bekerja. Masanya banyak dihabiskan depan komputer dan telefon bimbit. Bapak mana yang tak hangin? Mak mana yang tak kecewa? Dahlah Althaf anak sulung. Fuh... Kalau aku jadi Encik Firdaus, dah lama aku halau Althaf keluar dari rumah.

"Dara, kau tak kisah ke tidur dengan aku?"

"Abang Al dah jadi suami saya. Tidur jelah. Tak payah fikir apa-apa lagi. Abang Luk dan Abang Im pun nampak bahagia bila kita dah kahwin. Minggu depan diaorang nak bertunang dah. Kita jelah kahwin koboi. Bercinta tak, bertunang pun tak, terus nikah. Sama ada saya bersedia atau tak, kita dah jadi suami isteri pun. Nak tak nak, kenalah tidur sama-sama."

Bukan senang jadi isteri Althaf. Disamping nak jaga makan minum dan pakai dia, aku sering berdepan dengan pesanan Encik Firdaus supaya aku tak bawa naik sarapan untuk Althaf yang tengah leka main game. Serba salah aku dibuatnya. Dalam masa yang sama, aku dah mula tak suka apabila orang kutuk Althaf. Ahli keluarga sendiri memandang rendah padanya sedangkan mereka tidak tahu, Althaf ada duit 6 juta 6 sen dalam bank! 

Dari mana Althaf dapat duit sebanyak itu sedangkan dia tidak bekerja? 

"Mana Al?"

"Buat apa abang tanya saya? Tanyalah Yani." 

"Err... Abang Al buat kerja kat bilik dia."

"Kerja apa? Kerja main game?"

"Abang... kalau ye pun marahkan anak, takkan sindir menantu? Ingatlah sikit kita yang aturkan perkahwinan budak-budak ni. Yani cuma mengikut aje. Abang tak bolehlah cakap macam tu depan dia." 

"Erm. Abah minta maaf. Bukan apa, abah dah lama geram dengan Al. Dah kahwin pun perangai tak berubah. Masih leka dengan game. Sampai bila dia nak jadi macam tu, tak tahulah abah."

"Tak apa, abah. Kita bagi dia masa. Insya-Allah, Abang Al takkan bagi kita masalah. Yani percaya, Abang Al tahu apa yang dia buat sekarang."

"Apa maksud Yani?" 

"Er... maksud Yani... walaupun Abang Al tak kerja, tapi sekurang-kurangnya dia tak buat jenayah."

Itulah kata-kata yang aku ucapkan depan Encik Firdaus untuk membela nasib Althaf yang selalu dipandang rendah. Pada mulanya, aku juga tak faham dengan apa yang Althaf buat sehingga boleh mendatangkan duit. 

Setelah Althaf menerangkan, barulah aku mengerti bagaimana cara dia 'bekerja' dan aku dapat terima dengan hati terbuka.

_____________________________

Nota Penting:

*Semua pembelian e-book adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan (non-refundable) kerana ebook merupakan produk digital yang dihantar serta-merta melalui emel setelah pembelian dilakukan.

*Sekiranya fail ebook rosak, tidak lengkap atau menghadapi masalah teknikal daripada pihak RMA STUDIO, kami akan menggantikan fail tersebut tanpa sebarang caj tambahan.

_____________________________

UNTUK MUAT TURUN E-BOOK, SILA ISIKAN BUTIRAN DI BAWAH:

NOVEL BUNDLE BUY

NOVEL BUNDLE BUY

NAK BELI LEBIH DARIPADA SATU NOVEL? BOLEH!
_____________________________

Nota Penting:

Refund atau penggantian hanya dipertimbangkan sekiranya:

Buku yang diterima rosak akibat proses penghantaran. Buku yang diterima tidak sama dengan pesanan.

Bagi tujuan semakan, pembeli WAJIB merakam video secara berterusan tanpa sebarang pause, suntingan atau potongan semasa proses membuka parcel sehingga keadaan buku dapat dilihat dengan jelas. Video tersebut akan dijadikan bukti sekiranya terdapat kerosakan atau kesilapan pesanan.

Sebarang aduan hendaklah dibuat dalam tempoh 3 hari selepas buku diterima dengan menyertakan:

Video unboxing yang lengkap. Gambar kerosakan atau kesilapan pesanan.

Aduan tanpa video unboxing yang lengkap tidak dapat dipertimbangkan untuk proses refund atau penggantian buku.

Refund tidak diberikan bagi:

Kesilapan membuat pesanan oleh pembeli. Perubahan fikiran selepas pembelian dibuat. Maklumat alamat yang tidak tepat diberikan oleh pembeli.

_____________________________

DAPATKAN NOVEL-NOVEL INI SEGERA SEMENTARA STOK MASIH ADA, SILA ISIKAN BUTIRAN DI BAWAH:

e-BOOK BUNDLE BUY

e-BOOK BUNDLE BUY

NAK BELI LEBIH DARIPADA SATU e-BOOK? BOLEH!
_____________________________

Nota Penting:

*Semua pembelian e-book adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan (non-refundable) kerana ebook merupakan produk digital yang dihantar serta-merta melalui emel setelah pembelian dilakukan.

*Sekiranya fail ebook rosak, tidak lengkap atau menghadapi masalah teknikal daripada pihak RMA STUDIO, kami akan menggantikan fail tersebut tanpa sebarang caj tambahan.

_____________________________

SILA ISIKAN BUTIRAN DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN NOVEL DIGITAL:

Kash Lila - Sasasera

Kash Lila - Sasasera

“Kash dah cuba kak. Puas Kash berdoa siang dan malam supaya hati ni jadi milik Lila. Tapi tak mampu bila hati ni masih milik Lisa.” -KASH-

Lila sudah terbiasa menjadi pilihan kedua emak. Alongnya, Lisa anak yang emak banggakan, sedangkan Lila hanyalah anak yang selalu salah di mata emak. Tapi kisah hidup Lila yang tragis seakan-akan menemui cahaya kebahagiaan bila crush Lila merangkap kawan baik Lisa, si Kash tiba-tiba melamar Lila. 

Lila baru nak kenal erti bahagia bila berkahwin dengan Kash. Tapi rasa bahagianya telah dinodai dalam sekelip mata bila kebenaran terbongkar.

“Awak pilih. Ceraikan saya ataupun rahsia awak cintakan Lisa selama ni akan terbongkar.” -LILA-

Lila tekad untuk berpisah. Tapi Kash berjaya mendapat peluang kedua setelah berusaha memujuk Lila.

Berharap untuk terus bahagia namun tragedi yang meragut nyawa suami Lisa meranapkan seluruh impian keluarga bahagia Lila, bila perhatian Kash mula beralih arah kepada Lisa kembali.

“Memang selama-lamanya saya akan tetap jadi pilihan kedua awak kan Kash? Sebab saya Lila, bukan Lisa.” -LILA-

“Jangan biarkan rasa cemburu kuasai diri Lila. Abang tolong Lisa hanya sebagai seorang kawan baik dan adik ipar. Tak lebih daripada tu. Tolonglah jangan nak paranoid.” -KASH-

Kash pula bagaimana? Benarkah Lisa sentiasa menjadi pilihan utamanya?

Akan bahagiakah Lila jika kekal bersama Kash bila rasa bahagianya sudah dinodai? Emak pula sampai bila akan terus membenci Lila?

_____________________________

Nota Penting:

Refund atau penggantian hanya dipertimbangkan sekiranya:

Buku yang diterima rosak akibat proses penghantaran. Buku yang diterima tidak sama dengan pesanan.

Bagi tujuan semakan, pembeli WAJIB merakam video secara berterusan tanpa sebarang pause, suntingan atau potongan semasa proses membuka parcel sehingga keadaan buku dapat dilihat dengan jelas. Video tersebut akan dijadikan bukti sekiranya terdapat kerosakan atau kesilapan pesanan.

Sebarang aduan hendaklah dibuat dalam tempoh 3 hari selepas buku diterima dengan menyertakan:

Video unboxing yang lengkap. Gambar kerosakan atau kesilapan pesanan.

Aduan tanpa video unboxing yang lengkap tidak dapat dipertimbangkan untuk proses refund atau penggantian buku.

Refund tidak diberikan bagi:

Kesilapan membuat pesanan oleh pembeli. Perubahan fikiran selepas pembelian dibuat. Maklumat alamat yang tidak tepat diberikan oleh pembeli.

_____________________________

DAPATKAN NOVEL INI SEGERA SEMENTARA STOK MASIH ADA, SILA ISIKAN BUTIRAN DI BAWAH:

Suami Pilihan Opah (Revamp)

Suami Pilihan Opah (Revamp)

Malang nasib Lili Afni apabila dia dibuang kerja hanya disebabkan menolak tawaran menjadi isteri. Demi maruah yang ada, dia lebih rela diberhentikan kerja. Bagi Lili, dia masih belum bersedia berkahwin.    Namun tiba-tiba opah muncul di rumahnya dengan satu permintaan tak masuk akal.   “Opah dah ada calon suami untuk Lili. - Opah.   “Tak lawak opah” - Lili   Dan lebih mengejutkan lagi, bakal suaminya adalah orang yang pernah dia minati sejak di zaman sekolah.   “Ini… calon suami Lili?” - Lili   “Harith Masdi. Nama pun dah nampak kacak.” - Opah   Gila dia nak tolak. Sudahlah bakal suami yang dipilih opah, lelaki idaman Lili sejak di sekolah. Tapi yang menyakitkan hati, cara lelaki itu bercakap, macam kahwin paksa aje. Bila bercakap, adalah dua tiga patah perkataan aje yang terkeluar.   “Abang suka makan apa?” - Lili   “Nasi.” - Harith   Bercakap dengan Harith, Lili perlu banyak bersabar. Sebaik saja bergelar suami isteri, bermulalah ujian rumah tangga. Yang menyakitkan hati, kakak kandung sendiri yang cuba membuat onar.   “Jangan nak berlagak sangatlah. Kak Lin lebih kenal Harith berbanding adik. Dia tak mungkin suka perempuan berisi macam adik!” - Kak Lin   Kahwin tak sampai sebulan, ada pula yang nak jadi penyondol. Ditambah pula dengan kemunculan Zara, lagi menyakitkan hati Lili. Namun saat kebenaran terbongkar, dunia Lili gelap seketika.   “Dia perempuan pertama yang buat abang jatuh cinta. Dan dia juga yang buat hati abang hancur.” - Harith    Pantang bagi Lili, haknya dirampas. Selagi dia bergelar isteri kepada Harith Masdi, tahulah dia nak mengajar penyondol di luar sana. Melainkan suami sendiri yang rela disondol. Mampukah Lili menambat hati suami pilihan opah? Atau keputusan yang dibuat oleh Lili untuk berkahwin dengan crush di zaman sekolah adalah satu kesilapan besar?

Loading...