[e-Book] AKMA - Rafina Abdullah
[e-Book] AKMA - Rafina Abdullah
Perpisahan Akma dengan Irham bukanlah titik perjalanan akhir bagi wanita itu. Hidupnya berterusan diganggu dengan rancangan Irham bersama Hajah Roziah untuk mendapatkan duit bagi melangsaikan hutang.
Berbagai rancangan diatur oleh Hajah Roziah, dan Irham sebagai orang yang disuruh menjayakan agenda itu.
Salah satu rancangan mereka adalah mempergunakan anak-anak Akma sebagai umpan untuk Irham memujuk Akma supaya kembali padanya. Jika rancangan itu berjaya, senanglah dia mahu mendapatkan wang dari Akma.
"Kamu cakap pada Akma, kamu nak report polis sebab dia dah serang adik kamu. Dan gambar ni sebagai bukti. Mak boleh jadi saksi nanti."
"Tak payahlah, mak. Bukan dapat duit pun."
"Inilah masanya kamu nak dapat duit! Apa yang bengap sangat kamu ni, Am? Patutlah hidup kamu tak maju-maju."
"Kalau mak dah pandai sangat, macam mana cara nak dapatkan duit tu?"
"Kamu cakap macam ni... kalau dia tak nak kamu report polis, kamu minta dia bayar. Masa tulah kamu boleh mintak 30 ribu tu, faham tak?"
Namun semuanya bagaikan tidak menjadi apabila Akma bukanlah seorang isteri dan menantu yang bodoh seperti dulu. Akma mengamuk apabila anak sulungnya cedera akibat dibaling batu oleh cucu Hajah Roziah yang lain. Apabila kejadian itu berlaku, Akma sudah hilang kepercayaan untuk anak-anaknya berada di kampung Irham lagi.
"Keluarga mak yang mulakan dulu semua ni! Keluarga mak yang cari pasal dengan saya! Mula dengan Irham, anak lelaki mak yang tak guna satu sen tu! Lepas tu, mak sendiri! Kemudian, anak-anak mak yang lain! Semuanya bermula dari mak anak-beranak!"
Dalam mengharungi perkara-perkara seperti itu, Akma tidak keseorangan. Ikhwan yang sentiasa ada sering memberi kekuatan dan semangat. Lelaki yang menyimpan perasaan terhadap Akma itu selalu bertindak sebagai bapa kepada anak-anaknya.
"Hei... kau dengar sini. Kau tak layak nak ganti tempat aku. Sama sekali tak layak. Baik macam mana pun kau, hebat macam mana kau sekalipun, aku ni... tetap ayah kandung budak-budak tu. Ayah kandung..."
"Ya. Aku tak nafikan itu semua, tapi kau kena ingat, Arisa dan Aira tak mesra dengan kau. Mereka tak terima kasih sayang dari kau sejak dulu lagi, kan? Jadi, kat mana hebatnya kau sebagai ayah kandung yang kau banggakan sangat tu? Kat mana? Jawab soalan aku."
Anak-anak Akma yang sejak kecil tidak mendapat kasih sayang dari seorang bapa, mula tercari-cari dan mendambakan perhatian dari Ikhwan. Lelaki itu tidak lokek memberi perhatian terhadap anak-anak Akma sehingga wanita itu bersedia membuka pintu hati untuk perkahwinan kali kedua.
"Uncle, nanti uncle jadi ayah Risa, boleh?"
"Kenapa Risa nak uncle jadi ayah Risa?"
"Sebab uncle baik sangat. Uncle tolong bawa Risa pergi klinik. Kalau uncle tak ada, Risa boleh mati, tau!"
"Jangan cakap macam tu. Risa kecik lagi. Mana boleh mati dulu. Uncle ni lainlah sebab dah tua. Uncle yang akan mati dulu sebelum Risa."
"Uncle tua ke? Tapi kenapa tak ada kedut macam nenek dan atuk? Uncle tipu Risa, ya. Tak baik uncle tipu Risa. Cakap jelah uncle masih muda. Muda macam mama."
Manusia hanya merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Kejahatan tidak selalunya menang dan kebaikan tidak selalunya dipandang sepi.
Irham menerima balasan. Hajah Roziah juga menerima balasan. Sebaik-baik balasan adalah balasan dari Allah SWT.
_____________________________
Nota Penting:
*Semua pembelian e-book adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan (non-refundable) kerana ebook merupakan produk digital yang dihantar serta-merta melalui emel setelah pembelian dilakukan.
*Sekiranya fail ebook rosak, tidak lengkap atau menghadapi masalah teknikal daripada pihak RMA STUDIO, kami akan menggantikan fail tersebut tanpa sebarang caj tambahan.
_____________________________
UNTUK MUAT TURUN E-BOOK, SILA ISIKAN BUTIRAN DI BAWAH: