[e-Book] Matinya Jiwa Seorang Isteri - Rafina Abdullah

[e-Book] Matinya Jiwa Seorang Isteri - Rafina Abdullah

AKMA, seorang isteri yang bekerjaya telah berdepan dengan masalah rumah tangga apabila suaminya Irham langsung tidak membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan rumah tangga mereka. Ditambah dengan kerenah dua anak yang masih kecil dan Irham pula sering merungut dan bersikap cerewet, Akma terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memastikan dia dapat menguruskan masa dengan baik.

Ekoran dari tindakannya itu, keadaan ekonomi keluarganya jatuh dan perkara tersebut telah membebankan Irham sebagai ketua keluarga. Gaji Irham yang rendah tidak mampu menampung kos kehidupan mereka disebabkan ia di bawah tanggungan Akma sebelum isterinya itu berhenti kerja.

Bosan dengan pergaduhan yang sering berlaku hampir setiap hari, Irham mencari kebahagiaan di luar dengan menjalinkan hubungan cinta bersama janda yang tidak mempunyai anak dan merupakan seorang founder kosmetik sehingga membawa pada keterlanjuran. Kekayaan wanita itu telah mengaburi mata Irham untuk curang di belakang Akma.

Marah dan terluka dengan kecurangan Irham, Akma bangkit membalas dendam. Dia mencari jalan untuk menjatuhkan Irham dan wanita kaya itu. Dengan pengalaman kerja yang dia miliki, perniagaan founder kosmetik itu telah mengalami kejatuhan sehingga bankrap. Irham pula berdepan dengan beberapa tuntutan yang dibuat oleh Akma melalui mahkamah.

“Saya tak tahu kenapa… jiwa saya macam dah mati untuk hidup berpasangan. Biarlah saya sendiri dengan anak-anak.”

“Abang minta sangat dengan awak, berilah peluang kedua pada abang.”

“Maaf, abang. Saya tetap dengan pendirian saya. Abang cuma membuang masa kalau masih terus harapkan saya. Lagipun abang dah ada Puan Sherin. Jagalah rumah tangga abang baik-baik. Jangan ulang kesilapan yang sama.”

_____________________________

Nota Penting:

*Semua pembelian e-book adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan (non-refundable) kerana ebook merupakan produk digital yang dihantar serta-merta melalui emel setelah pembelian dilakukan.

*Sekiranya fail ebook rosak, tidak lengkap atau menghadapi masalah teknikal daripada pihak RMA STUDIO, kami akan menggantikan fail tersebut tanpa sebarang caj tambahan.

_____________________________

UNTUK MUAT TURUN E-BOOK, SILA ISIKAN BUTIRAN DI BAWAH:

Item Qty Amount
[e-Book] Matinya Jiwa Seorang Isteri - RA
[e-Book] Matinya Jiwa Seorang Isteri - RA
RM 17.00
Qty
RM 17.00
Payment Method (Select one option)

Pay with online banking Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam GO and more banks from Malaysia via FPX.

Pay with Visa/Mastercard credit card account issued by Malaysia local banks.

Pay with Malaysia online banking & e-wallet (Grab, Setel, Boost, Touch n Go and more) via DuitNow QR.

Subtotal: RM 17.00
Total Amount: RM 17.00
Your payment is secured & encrypted
| |
© 2026 RMA STUDIO
201903131710 (TR0204985-T)