[e-Book] Mr Gamer 2 - Rafina Abdullah
[e-Book] Mr Gamer 2 - Rafina Abdullah
Sejak kecil, Althaf lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding bersama keluarganya. Game adalah dunia yang paling dia cintai. Bagi orang lain, dia cuma seorang kaki game yang membuang masa. Bagi Althaf, game ialah pekerjaan, minat dan sumber pendapatan yang telah membawanya menjadi seorang streamer terkenal.
Namun, selepas berkahwin dengan Yani, keluarga Althaf berharap lelaki itu akan berubah. Mereka mahu Althaf menjadi lebih matang, lebih bertanggungjawab dan mula memikirkan masa depan.
Yani pula hanya mampu menurut. Dia sudah terbiasa dengan perangai suaminya yang suka meminta itu dan ini, ambil nasi, ambil air, temankan dia bermain game, sampai mama Althaf sendiri naik angin melihat menantunya diperlakukan seperti orang suruhan.
Kemuncaknya, abah Althaf membuat keputusan yang mengejutkan.
Althaf diminta mengambil alih syarikat keluarga dan menjadi CEO.
Bagi Althaf, itu bukan peluang yang dinanti-nantikan. Itu adalah ancaman kepada dunia yang selama ini menjadi hidupnya.
Lebih malang, Yani pula diminta menjadi PA kepada suaminya!
Mampukah seorang gamer tegar yang lebih tahu tentang PUBG, Mobile Legends dan live streaming daripada dunia korporat menjadi CEO sebuah syarikat besar?
Atau Althaf akan melakukan sesuatu yang langsung tidak dijangka demi membuktikan bahawa menjadi berjaya tidak semestinya bermaksud menjadi seperti yang orang lain mahu?
Di sebalik perangai selamba, mengada-ada dan kuat bermain game, tersimpan seorang lelaki yang cuma mahu hidup mengikut caranya sendiri.
Dan Yani pula perlu membuat satu pilihan…
Terus mengubah suaminya menjadi lelaki yang diimpikan keluarganya, atau menerima Althaf seadanya?
Kerana bagi Yani, dia bukan sekadar seorang kaki game.
Dia adalah suaminya.
Dia… MR. GAMER.
_____________________________
Nota Penting:
*Semua pembelian e-book adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan (non-refundable) kerana ebook merupakan produk digital yang dihantar serta-merta melalui emel setelah pembelian dilakukan.
*Sekiranya fail ebook rosak, tidak lengkap atau menghadapi masalah teknikal daripada pihak RMA STUDIO, kami akan menggantikan fail tersebut tanpa sebarang caj tambahan.
_____________________________
UNTUK MUAT TURUN E-BOOK, SILA ISIKAN BUTIRAN DI BAWAH: