Suami Pilihan Opah (Revamp)
Suami Pilihan Opah (Revamp)
Malang nasib Lili Afni apabila dia dibuang kerja hanya disebabkan menolak tawaran menjadi isteri. Demi maruah yang ada, dia lebih rela diberhentikan kerja. Bagi Lili, dia masih belum bersedia berkahwin.
Namun tiba-tiba opah muncul di rumahnya dengan satu permintaan tak masuk akal.
“Opah dah ada calon suami untuk Lili. - Opah.
“Tak lawak opah” - Lili
Dan lebih mengejutkan lagi, bakal suaminya adalah orang yang pernah dia minati sejak di zaman sekolah.
“Ini… calon suami Lili?” - Lili
“Harith Masdi. Nama pun dah nampak kacak.” - Opah
Gila dia nak tolak. Sudahlah bakal suami yang dipilih opah, lelaki idaman Lili sejak di sekolah. Tapi yang menyakitkan hati, cara lelaki itu bercakap, macam kahwin paksa aje. Bila bercakap, adalah dua tiga patah perkataan aje yang terkeluar.
“Abang suka makan apa?” - Lili
“Nasi.” - Harith
Bercakap dengan Harith, Lili perlu banyak bersabar. Sebaik saja bergelar suami isteri, bermulalah ujian rumah tangga. Yang menyakitkan hati, kakak kandung sendiri yang cuba membuat onar.
“Jangan nak berlagak sangatlah. Kak Lin lebih kenal Harith berbanding adik. Dia tak mungkin suka perempuan berisi macam adik!” - Kak Lin
Kahwin tak sampai sebulan, ada pula yang nak jadi penyondol. Ditambah pula dengan kemunculan Zara, lagi menyakitkan hati Lili. Namun saat kebenaran terbongkar, dunia Lili gelap seketika.
“Dia perempuan pertama yang buat abang jatuh cinta. Dan dia juga yang buat hati abang hancur.” - Harith
Pantang bagi Lili, haknya dirampas. Selagi dia bergelar isteri kepada Harith Masdi, tahulah dia nak mengajar penyondol di luar sana. Melainkan suami sendiri yang rela disondol. Mampukah Lili menambat hati suami pilihan opah? Atau keputusan yang dibuat oleh Lili untuk berkahwin dengan crush di zaman sekolah adalah satu kesilapan besar?
_____________________________
Nota Penting:
Refund atau penggantian hanya dipertimbangkan sekiranya:
- Buku yang diterima rosak akibat proses penghantaran.
- Buku yang diterima tidak sama dengan pesanan.
Bagi tujuan semakan, pembeli WAJIB merakam video secara berterusan tanpa sebarang pause, suntingan atau potongan semasa proses membuka parcel sehingga keadaan buku dapat dilihat dengan jelas. Video tersebut akan dijadikan bukti sekiranya terdapat kerosakan atau kesilapan pesanan.
Sebarang aduan hendaklah dibuat dalam tempoh 3 hari selepas buku diterima dengan menyertakan:
- Video unboxing yang lengkap.
- Gambar kerosakan atau kesilapan pesanan.
Aduan tanpa video unboxing yang lengkap tidak dapat dipertimbangkan untuk proses refund atau penggantian buku.
Refund tidak diberikan bagi:
- Kesilapan membuat pesanan oleh pembeli.
- Perubahan fikiran selepas pembelian dibuat.
- Maklumat alamat yang tidak tepat diberikan oleh pembeli.
_____________________________
DAPATKAN NOVEL INI SEGERA SEMENTARA STOK MASIH ADA, SILA ISIKAN BUTIRAN DI BAWAH: